CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Followers

Monday, May 17, 2010

Ilmu pengetahuan..

Imam Syafie r.a berkata,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Siapa yang menghendaki dunia maka hendaklah dengan berilmu, sesiapa yang menghendaki akhirat hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang menghendaki kedua-duanya sekali, hendaklah dengan ilmu".

Daripada hadis diatas jelas menunjukkan bahawa Islam amat menghargai ilmu. Malah Islam turut memandang tinggi orang yang menuntut ilmu dan dalam erti kata lain, Islam sangat menghormati orang yang berilmu.


Menuntut ilmu merupakan satu amalan yang tinggi nilai nya. Pahalanya sangat besar sehingga orang yang mati ketika menuntut ilmu dikategorikan sebagai seorang yang mati dalam beribadah. Mereka ini seolah-olah berjuang di jalan Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu maka ia termasuk dalam golongan orang yang berjuang pada jalan Allah , sehinggalah ia kembali".


Islam tidak pernah menghadkan jantina seseorg sebagai pra-syarat untuk menuntut ilmu. Bahkan, Islam menghendaki semua umatnya berilmu pengetahuan. Ini dapat dijelas oleh sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

"Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap umat Islam laki-laki dan perempuan".

Kesimpulannya, Allah meletakkan darjat yang tinggi kepada orang yang menuntut ilmu dan Islam sememangnya menginginkan umat nya sentiasa menuntut ilmu pengetahuan.










0 comments: