CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Followers

Saturday, August 14, 2010

~ biBiR aNdA ..

Bibir segar dan kemerahan
  • Selalunya wanita y mempunyai bibir segar & kemerah-merahan secara semulajadi ini menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat & pandai menjaga kesihatan diri.
  • Sifat mereka juga terbuka dan periang.
  • Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.
  • Dia manja dan kehidupannya y ceria sungguh menyenangkan sekali.
  • Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan.
  • Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya.
  • Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)
  • Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan.
  • Kata-katanya tidak boleh dipegang dan selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya.
  • Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis
  • Wanita ini pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar.
  • Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain.
  • Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya.
  • Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya.
  • Pemilik bibir tipis ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil
  • Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki.
  • Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja.
  • Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.
  • Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya.
  • Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.
  • Si pemilik bibir munggil ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal
  • Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat.
  • Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks.
  • Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.
  • Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura.
  • Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.
  • Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros.
  • Malangnya si pemilik bibir ini tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak.




0 comments: